• Sambutan Hari Raya Elemen Penting Pupuk Perpaduan - Abdul Rahman

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 8 July 2018
    A- A+


    SAMBUTAN Hari Raya sememangnya adalah satu elemen penting dalam memupuk perpaduan dan kemesraan masyarakat sesama kita serta merapatkan tali persaudaraan sesama kita.

    Menteri Muda Utilti Elektrik Sarawak Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, disamping mengeratkan perpaduan, Sambutan Hari Raya juga adalah jalan terbaik untuk mempertingkatkan perpaduan yang telah terjalin sejak dulu lagi.

    "Perpaduan adalah kunci utama sesebuah kemakmuran dan kesejahteraan negara, Negeri mahupun peringkat kampung."

    "Kita bimbang sekiranya kampung mahupun Negeri dan negara tidak mengamalkan perpaduan yg baik, maka dgn senanglah elemen-elemen yang ingin memecah belahkan masyarakat kita masuk dengan mudah," katanya lagi.

    Abdul Rahman, yang juga merupakan ADUN Pantai Damai berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Tamah Tamah Aidilfitri Kampung Rampangi Fasa 1 anjuran PBB Ranting, KRT, SABERKAS, KJM dan Masjid Darussalam Kpg Rampangi Fasa 1 dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Kampung Zon Santubong sebentar tadi.

    Beliau menambah, kepimpinan kampung dan masyarakat haruslah peka dengan keadaan sebegini maka ianya adalah amat penting bagi kepimpinan di kampung mempastikan anak2-anak buah di kampung mengamalkan hidup dalam perpaduan yang harmoni.

    "Parti kita masih memimpin kerajaan negeri kerana perpaduan yang jitu tang telah ditunjukkan oleh masyarakat kita," katanya lagi sambil menambah, pastikan pemerintahan sekarang akan terus memimpin negeri berteraskan perpaduan pelbagai bangsa.
  • No Comment to " Sambutan Hari Raya Elemen Penting Pupuk Perpaduan - Abdul Rahman "