• UNIFOR Miliki Bangunan Sendiri Tidak Lama Lagi

    Reporter: M. H. W.
    Published: Wednesday, 27 June 2018
    A- A+

    KUCHING - Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) akan memiliki bangunan sendiri dalam masa terdekat ini.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kabinet negeri Sarawak telah meluluskan tanah seluas tiga ekar di Jalan Ong Tiang Swee di sini sebagai tapak membina kompleks UNIFOR.

    Katanya, kompleks itu apabila siap nanti akan menem-patkan pejabat UNIFOR serta kemudahan lain untuk latihan, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti berkaitan.

    “Bangunan ini akan men-jadi tempat pertemuan kepada semua pertubuhan mewakili agama lain, berkumpul dan berkomunikasi antara satu sama lain sekali gus meningkatkan keharmonian agama di Sarawak.

    “Itu sangat penting bagi Sarawak,” katanya pada penyerahan cek daripada UNIFOR kepada Keuskupan Anglikan Kuching, St Thomas dan Persatuan Kuil Sikh Sarawak (SSTA) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

    Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah dan menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR berkata, buat masa ini pembinaan kompleks itu masih di peringkat perancangan.

    “Kita berharap ia dapat dibina dan siap secepat mungkin.

    “Apabila siap nanti kita boleh menyediakan perkhidmatan seperti diharapkan oleh pertubuhan agama lain di Sarawak sekarang.

    “Saya fikir hanya kita (Sarawak) di Malaysia mempunyai unit seperti ini,” katanya sambil menambah, beliau gembira kerana UNIFOR mendapat peruntukan dan tanah untuk merea-lisasikan pembinaan kompleks tersebut.

    UNIFOR ditubuhkan pada 22 April 2017 dan di bawah Jabatan Ketua Menteri, fungsinya ialah menjaga hal ehwal agama-agama bukan Islam di Sarawak seperti pembinaan dan membaik pulih rumah ibadat, menyelaras serta membantu mendapat-kan tapak untuk membina rumah ibadat dan perkara lain berkaitan agama lain di negeri ini.

    Beliau memberitahu, setakat ini UNIFOR mempu-nyai 17 kakitangan dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa.

    Uggah turut memberitahu, kabinet negeri Sarawak juga telah meluluskan Unit Tabung Amanah Amal Aga-ma Lain Sarawak pada 29 Mac tahun ini.

    “Tabung amanah ini bertujuan menjaga kebajikan agama lain di bawah bidang kuasa UNIFOR,” jelas-nya. - Utusan Borneo
  • No Comment to " UNIFOR Miliki Bangunan Sendiri Tidak Lama Lagi "