• RM250,000 Untuk Membaikpulih Lampu Hiasan Dan Jalan Di BGS - Abdul Rahman

    Reporter: M. H. W.
    Published: Sunday, 3 June 2018
    A- A+

    SEBANYAK RM250,000 dari peruntukan Rural Transformation Projek (RTP) 2018 telah diperuntukan bagi kerja membaikpulih lampu jalan dan hiasan di kawasan Boyan, Gersik dan Soarabaya (BGS).

    Menteri Muda Bekalan Elektrik Sarawak Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, sekiranya Waterfront BGS diterangi dengan lampu, aktiviti perniagaan boleh dijalankan sehingga waktu malam.

    "Ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kesenangan bagi mereka yang melawat BGS pada waktu malam namun semua pihak harus memainkan peranan menjaga kemudahan awam ini."

    "Banyak program fisikal yang dijalankan terutamanya oleh DBKU untuk pembangunan kampung dan pelbagai tarikan telah diwujudkan di kawasan Kampung Seberang."

    Abdul Rahman berkata, sejak 10 tahun lalu penduduk kampung sudah sedar akan peluang perniagaan dan mereka mengambil kesempatan untuk mengadakan aktiviti perniagaan.

    "Kini BGS adalah ibarat tempat yang harus dilawati dan dikenali apabila tiba di Sarawak dimana perniagaan homestay, kek lapis dan ikan terubuk," katanya lagi.

    Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Program Agihan Bubur Lambuk KJM BGS dan PBB Pantai Damai serta Sumbangan Ihsan Ramadan DUN Pantai Damai (Zon Seberang Hilir) bertempat di Esplanade BGS, Kampung Gersik sebentar tadi.


    Dalam program tersebut seramai 71 penerima dari 14 buah kampung seberang di Petra Jaya menerima Bubur Lambuk dan sumbangan ikhlas dari Abdul Rahman.

    Turut hadir pada majlis tersebut adalah isteri Abdul Rahman; Hajah Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, Datuk Bandar DBKU Abang Haji Wahap Abang Julai dan dif-dif undangan yang lain.
  • No Comment to " RM250,000 Untuk Membaikpulih Lampu Hiasan Dan Jalan Di BGS - Abdul Rahman "