• Rakyat Sarawak Bersatu Demi Hak Sarawak

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 12 June 2018
    A- A+

    KUCHING: Lebih 200 orang peserta berkumpul dalam Perhimpunan Aman menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Sarawak yang kini dalam proses pendengaran kes mahkamah hak gas/minyak dengan PETRONAS di Tebingan Kuching sebentar tadi.

    Seawal jam 8.30 pagi, mereka datang dalam kumpulan yang kecil dan setelah mendengar taklimat dari penganjur, mereka mengambil temoat berbaris diseberang Mahkamah Lama Kuching sambil membawa sepanduk.

    Tanpa mengira latar belakang politik, kaum ataupun agama, kumpulan peserta ini menunjukkan soladariti kepada Tim Legal SAG.

    Antara yang diluahkan oleh peserta pada perhimpunan tersebut adalah meminta hak gas minyak Sarawak dikembalikan kepada Sarawak.. Petronas keluar dari Sarawak.. dan pelbagai perkara yang berkaitan.

    "Ya Allah, KAU berikan kemenangan kepada Sarawak dalam kes gas minyak Sarawak vs Petronas ini.. cukuplah Petronas mengikis khazanah kami sejak beberapa dekad ini.. sudahlah kerajaan pusat lambat membangunkan Sarawak, khazanah kami pun dirampas secara tidak adil dan kami mintak balik hak kami biar kami sendiri membangunkan negeri kami.. Amin.. yarabballamin..," kata doa seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Man dan disambut oleh sekumpulan peserta meng"amin"kan doanya.

    Perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar. Bermula lewat sikit dari perancangan asal iaitu jam 9 pagi, ianya bermula pada 9.25 dan berakhir lebih kurang jam 9.50 pagi.

    Sepanjang sesi perhimpunan tersebut tiada insiden yangtidak diingini berlaku serta kawalan kemas polis disekitar kawaan tersebut juga harus diberi pujian.

    Kes Kerajaan Sarawak vs Petronas sepatutnya berlangsung hari ini namun pihak Petronas pada saat-saat akhir semalam meminta ianya ditangguh sehingga 21 Jun depan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Rakyat Sarawak Bersatu Demi Hak Sarawak "