• Rakyat Gedong Tingkatkan Sokongan Kepada Perjuangan Kerajaan Sarawak - Naroden

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 20 June 2018
    A- A+



    RAKYAT Sarawak harus memberi sokongan ke atas apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan Sarawak, terutamanya perkara yang berkaitan dengan hak-hak negeri ini.

    Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais berkata, Kerajaan Sarawak kini dalam proses yang melibatkan pihak mahkamah berkaitan mempertahankan hak minyak dan gas Sarawak.

    "Dengan pengibaran bendera Sarawak di setiap rumah di kawasan Gedong ini, ianya akan menunjukkan soladariti dan kesatuan di kalangan rakyat menyokong tindakan Kerajaan Sarawak."

    Naroden, yang juga merupakan ADUN Gedong berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Bendera Sarawak di Gedong semalam.

    Beliau, secara simbolik telah menyerahkan sebanyak 500 unit bendera Sarawak kepada JK PBB Gedong Tuan Haji Ali Bujang untuk diedarkan kepada penduduk setempat.

    Secara kebetulan, pendengaran permohonan Petronas untuk memulakan prodising terhadap Kerajaan Negeri Sarawak yang diwakili oleh Pasukan Jabatan Peguam Negara (SAG) negeri Sarawak di bawah Artikel 128 (1) Perlembagaan Persekutuan, telah ditunda dari 11 Jun kepada 21 Jun 2018, esok.

    Ironinya, Mahkamah Persekutuan mempersetujui permohonan Peguam Negara Persekutuan (FAG) menangguhkan sesi pendengaran tanpa memaklumkan kepada pasukan peguam SAG, yang pada ketika iti sudah berada di ibu negara dan kemudiannya hanya dimaklumi mengenai perkara tersebut melalui talipon pada lewat petang sehari sebelum pendengaran berkenaan sepatutnya berlangsung.
  • No Comment to " Rakyat Gedong Tingkatkan Sokongan Kepada Perjuangan Kerajaan Sarawak - Naroden "