• Penjawat Awam Negeri Sarawak dapat Bantuan Khas Kewangan 2018 sebanyak RM500

    Reporter: M. H. W.
    Published: Wednesday, 6 June 2018
    A- A+

    KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan 2018 berjumlah RM500 kepada semua penjawat PerkhidmatanAwam Negeri Sarawak (PANS).

    Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, bantuan tersebut termasuk bagi mereka yang masih berkhidmat pada atau sebelum 5 Jun 2018.

    “Bantuan khas kewangan ini turut merangkumi Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri sempena dengan musim perayaan pada bulan ini.

    “Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada 13 Jun nanti,” jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Penjawat Awam Negeri Sarawak dapat Bantuan Khas Kewangan 2018 sebanyak RM500 "