• Majlis Iftar Baitulmal Bersama Asnaf Rai 800 Hadirin

    Reporter: M. H. W.
    Published: Friday, 8 June 2018
    A- A+

    Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menganjurkan 'Majlis Iftar Baitulmal Bersama Asnaf' bertempat di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching yang dihadiri oleh 800 orang terdiri daripada wakil Jabatan san Agensi Kerajaan, Pelajar Tahfiz dan Madrasah serta Penerima Bantuan Sara Hidup (Asnaf) yang berada di Kuching.

    Penganjuran majlis tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan silaturahim yang sedia ada di antara warga TBS dengan para Asnaf dan juga masyarakat Islam yang turut sama hadir berbuka puasa pada hari ini.

    Majlis Iftar Baitulmal Bersama Asnaf dimulai dengan penyerahan Zakat Perniagaan Celcom Mobile Sdn Bhd berjumlah RM189,997 bagi tahun 2017 yang telah disampaikan oleh Ketua Perhubungan Kerajaan, Sabah dan Sarawak Yang Mulia Tengku Syed Mukhriz dan diterima oleh Pengurus Besar TBS Datu Haji Abang Mohammad Shibili Haji Abang Mohd Nailie bagi pihak TBS dengan disaksikan oleh wakil kedua-dua pihak.

    Selain meraikan Asnaf dan tetamu jemputan dengan jamuan berbuka puasa, para Asnaf dalam kalangan penerima Bantuan Sara Hidup TBS juga turut menerima Bantuan Khas Aidil Fitri seperti tahun-tahun sebelum ini.

    Pada bulan Ramadhan tahun ini, TBS mengagihkan Bantuan Khas Aidil Fitri sebanyak RM491,200 kepada 1,192 keluarga Asnaf Fakir di seluruh Sarawak dan pada hari ini, sebanyak RM26,400 diagih kepada golongan sasar tersebut.

    Dalam majlis yang sama, TBS juga turut memberikan bantuan kepada beberapa buah Madrasah dan Pusat Tahfiz Al-Quran sebanyak RM40,000 dan sebanyak RM17,500 untuk pelajar yang telah dikenalpasti layak menerima sumbangan kewangan.

    Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Pengurus Besar TBS Datu Haji Abang Mohammad Shibili Haji Abang Mohd Nailie.

    Bagi mengimarahkan lagi dwngan penganjuran program dan aktiviti keagamaan di Masjid dan Surau di seluruh Sarawak sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini TBS telah menghulur sumbangan sebanyak RM1.4 juta kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau.

    Selain daripada bantuan-bantuan tersebut, TBS mempunyai pelbagai jenis bantuan lain dibawah tiga program utamanyabiaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah (dan Program Membangunkan Institusi Islam).

    Bagi tahun 2017, melalui ketiga-tiga program utama ini, TBS telah mengagihkan sejumlah RM52.1 juta kepada penerima yang layak. Manakala, untuk tahun ini, sehingga 7hb Jun 2018 telah mengagih sejumlah RM25.7 juta melalui program yang sama.
  • No Comment to " Majlis Iftar Baitulmal Bersama Asnaf Rai 800 Hadirin "