• Lelaki Maut Kemalangan Di Bukit Begunan

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 12 June 2018
    A- A+

    SRI AMAN: Seorang lelaki meninggal dunia setelah terlibat kemalangan jalan raya di Kilometer 45 Bukit Begunan dekat sini pagi tadi.

    Mangsa Pang Siaw Ming, 37 yang memandu kereta Proton Waja mengalami kecederaan parah setelah kenderaannya bertembung dengan sebuah lori jenis 10 tan tanpa muatan.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 10.57 pagi.

    Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba mengguna peralatan khas RTA, 'Rescue hydraulic spreader-cutter' kaedah ''side removal'.

    "Mangsa bagaimana pun telah disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pihak perubatan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Sarawakiana

  • No Comment to " Lelaki Maut Kemalangan Di Bukit Begunan "