• ‘Di Luar Pengetahuan Saya’

    Reporter: M. H. W.
    Published: Friday, 8 June 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, laporan kononnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak telah meninggalkan Barisan Nasional (BN) adalah di luar pengetahuan beliau.

    Pengerusi BN itu menegaskan beliau tidak bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang merupakan Presiden PBB dan merayu supaya parti itu tidak meninggalkan BN sebagaimana dilaporkan.

    Bagaimanapun, Ahmad Zahid menghormati dan mengalu-alukan pendirian PBB dan parti-parti komponen BN di Sarawak yang berhasrat menjalin hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kepemimpinan Kerajaan Persekutuan.

    “BN sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN untuk mengambil langkah yang sama demi kepen­tingan negeri dan rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

    Ahmad Zahid juga berharap tidak ada lagi pihak yang mela­porkan berita secara serkap jarang dan kurang profesional.

    Sebelum ini, beberapa laporan menyatakan bahawa PBB Sarawak bakal menilai semula kedudukannya dalam BN selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Di Luar Pengetahuan Saya’ "