• Bersediakah DAP dan PKR Sarawak "Berkorban" Kerusi Untuk PPBM?

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 29 June 2018
    A- A+

    Oleh: Salfian Nawawi

    CALON Melayu DAP Sarawak seperti Aziz Tanggang boleh mengucapkan selamat tinggal kepada peluang untuk bertanding pada PRN12 Sarawak dengan kedatangan PPBM ke Sarawak.

    Aziz akan kekal menjadi "maskot" DAP Sarawak dengan tugas khasnya untuk meng"skru" bangsa Melayu Sarawak namun untuk menjadi calon lagi.. peluangnya kini amat tipis dengan kehadiran PPBM..

    Biarpun PPBM hanya memenangi 13 kerusi sahaja pada PRU14, mereka mampu memegang jawatan Perdana Menteri namun jawatan-jawatan penting dalam kabinet serta Menteri Besar di beberapa buah negeri.

    Bukan sahaja DAP Melayu Sarawak, DAP Bumiputera Sarawak kedudukan calon atau Ahli Parlimen DAP Bumiputera juga terancam dengan kedatangan PPBM ke Sarawak.

    DAP Sarawak, khususnya barisan pemimpin Cina seperti Chong Chieng Jen dan Violet Yong yang mengalu-alukan kedatangan PPBM juga seolah menutup peluang calon DAP Melayu dan Bumiputera Sarawak untuk bertanding dalam PRN atau PRU nanti.

    Mordi Bimol, Ahli Parlimen Mas Gading jangan ingat kedudukan bekiau selamat kerana Tun M bila-bila masa boleh mengantikannya dengan calon PPBM untuk bertanding di sana pada PRU15 nanti.. ingat, never say NO to your Prime Minister..

    Mana ada Chong peduli dengan kedudukan ahli Melayu dan Bumiputera Sarawak.. asalkan kedudukannya sendiri selamat sudah memadai..

    Seperkara je mungkin PPBM susah nak ambil alih iaitu kerusi DAP Cinna Sarawak namun harus berhati-hati kerana manipulasi Tun M ini tidak dapat dijangka dan sebagai contoh, Lim Kit Siang yang bermusuh dengannya selama berdekad-dekad pun kini tidur sebantal dengannya setelah dijinakkan oleh Tun M..

    Pastinya Tun M dan PPBM mahu membuktikan rakyat Sarawak "menerima" PPBM, maka sekurang-kurangnya satu kerusi selamat dari DAP dan PKR Sarawak perlu "dikorbankan" kepada PPBM pada PRN12 nanti.. tunggulah siapa yang menjadi mangsa nanti.

    Mengenai pembahagian kerusi untuk ditandingi pada PRN atau PRU nanti, DAP dan PKR Sarawak juga harus bersedia "berbahagi" dengan PPBM.. dapatkah ahli-ahli kedua parti tersebut menerima situasi ini?

    Melihat cara pemerintahan Tun M sekarang, apa sahaja yang dihajatinya pasti akan menjadi kenyataan.. bersediakah rakyat Sarawak menerima "penjajahan" terbaru ini? Bersediakan rakyat Sarawak untuk menerima PPBM? 

    Subjects:

  • No Comment to " Bersediakah DAP dan PKR Sarawak "Berkorban" Kerusi Untuk PPBM? "