• Warga emas retak tulang rusuk ditolak penyokong pembangkang

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 1 May 2018
    A- A+

    Seorang warga emas retak tulang rusuk kiri dipercayai akibat dicederakan seorang penyokong pembangkang dalam satu kejadian semasa program MCA Bahagian Ayer Hitam berlangsung di Yong Peng Street malam tadi.

    Mangsa yang berusia 77 tahun dikenali sebagai Ting Hong Hi dipercayai ditolak suspek berusia 58 tahun daripada bahagian belakang pentas program berlangsung.

    Terdahulu, mangsa dan suspek dilihat bertengkar dan bergaduh kira-kira 10 minit selepas program tersebut berjalan.

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, hasil siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan mangsa menghalang suspek yang cuba meletakkan bendera PKR di kawasan pentas.

    “Sejurus melihat kejadian itu anggota polis bergegas ke lokasi untuk meleraikan keadaan dan tiba-tiba nampak suspek telah menolak mangsa jatuh dari pentas tersebut.

    “Akibat kejadian itu mangsa telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami keretakan beberapa tulang rusuk kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Tambahnya, polis sudah menahan suspek dan akan mendapatkan perintah tahanan reman.

    Kes itu, katanya, disiasat dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Warga emas retak tulang rusuk ditolak penyokong pembangkang "