• Wanita Cedera Kenderaan Hilang Kawalan

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 4 May 2018
    A- A+

    SIBU: Seorang wanita mengalami cederaan setelah kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Stabau, dekat sini tengahari tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengahari itu, mangsa yang berusia lingkungan 30an gagal mengawal kenderaannya yang hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, impak dari kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan tersepit ditempat pemandu.

    “Pasukan Bomba bertindak menggunakan peralatan menyelamat untuk menggeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya

    Mangsa dibawa ke hospital Sibu untuk rawatan lanjut. – Sarawakiana
  • No Comment to " Wanita Cedera Kenderaan Hilang Kawalan "