• Video : Sultan Johor ‘Rempit’ Bersama Permaisuri

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 21 May 2018
    A- A+


    GELAGAT Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ‘merempit’ bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencuit hati ramai pengguna media sosial dan rakyat jelata.

    Dua rakaman video aksi Sultan Ibrahim yang membonceng motosikal kapcai itu dimuat naik oleh anakanda baginda, Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim melalui laman sosial Instagram semalam.

    Menerusi rakaman yang menarik perhatian ramai itu, Sultan Johor dilihat mengusik Permaisuri Johor apabila cuba bonceng dalam keadaan laju, sehingga menyebabkan Raja Zarih Sofiah menjerit sambil memegang erat Sultan Ibrahim.

    Dalam rakaman kedua, Sultan Johor dan Permaisuri Johor yang memakai pakaian kasual, dilihat sekali lagi melakukan aksi ala ‘abang motor’ dipercayai berdekatan Padang Polo DiRaja Johor di Istana Pasir Pelangi.

    Gelagat selamba mereka turut diperhatikan oleh kakitangan istana dan sehingga kini kedua-dua rakaman tersebut masing-masing menerima tontonan lebih 205,000 dan 140,00 sejak ia dimuat naik kira-kira jam 11 malam Ahad.

    Rata-rata netizen terhibur dengan sikap sempoi dan aksi sporting baginda dan Permaisuri Johor.

    “Ceq yang tengok gelagat Tuanku pon tak larat gelak, tengok banyak kali video ni, hadoi macam-macam, mau tengok depan-depan sungguh lagi la jenuh gelak,” tulis @adiejaayangmanja.

    “Wow sporting habis lah, love this relationship, Daulat Tuanku,” tulis @She_esha87

    Sultan Johor sememangnya tidak asing lagi dengan sikap baginda yang berjiwa rakyat, daripada gambar baginda menikmati bihun goreng di gerai biasa sehinggalah menyapa rakyat di perkarangan istana dengan cara yang sangat sporting. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Video : Sultan Johor ‘Rempit’ Bersama Permaisuri "