• UTC Miri ditutup dua hari bermula esok

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 16 May 2018
    A- A+

    MIRI, 16 Mei (Bernama) -- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri ditutup dua hari bermula esok berikutan cuti umum di Sarawak.

    Pengurus UTC Miri Mohd Nurhisham Ismail berkata ini susulan keputusan kerajaan negeri mengisytiharkan 17 dan 18 Mei sebagai hari kelepasan am menurut Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am.

    Pada 10 Mei lalu Pejabat Ketua Menteri mengumumkan 17 dan 18 Mei sebagai hari kelepasan am manakala 10 dan 11 Mei hari bekerja seperti biasa.

    Pengumuman itu menyusuli kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa 10 dan 11 Mei diisytiharkan sebagai cuti umum bersempena Pilihan Raya Umum ke-14.

    Bagi Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri terbabit perlu mengisytiharkan hari kelepasan tambahan mengikut ordinan masing-masing. -- BERNAMA
  • No Comment to " UTC Miri ditutup dua hari bermula esok "