• Tukul Besi 'Ubat' Sakit Pinggang

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 8 May 2018
    A- A+

    MAHARASHTRA - INDIA. Gambar seorang pengamal perubatan tradisonal menjadi tular di media sosial, gara-gara aksi luar biasanya ketika merawat seorang pesakit pinggang.

    Gambar yang mula beredar di media sosial sejak minggu lalu itu, menyaksikan dia sedang 'mengetuk' belakang seorang pesakitnya dengan menggunakan tukul besi.

    Bukan itu sahaja, dia juga dilihat mengetuk seluruh tulang belakang pesakitnya termasuk pada bahagian sendi dan betis.

    Meskipun rawatan itu dilihat menyakitkan, tetapi ramai pesakit sanggup menanti berjam-jam untuk menunggu giliran masing-masing bagi mendapatkan rawatan yang dikatakan amat berkesan.

    Difahamkan, cara perubatan itu berhasil menyembuhkan sakit pinggang dan saraf. - Times of India/Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Tukul Besi 'Ubat' Sakit Pinggang "