• Trump sokong proses penghantaran pulang Rohingya

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 4 May 2018
    A- A+

    DHAKA 4 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan akan memberikan sokongan kepada Bangladesh berhubung krisis pelarian etnik Rohingya.

    Menurut setiausaha media Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, iaitu Ihsanul Karim, sepucuk surat yang ditulis oleh Trump telah diserahkan kepada Hasina sewaktu mengadakan mesyuarat dengan Duta AS, Marcia Bernicat semalam.

    “AS akan terus menggesa Myanmar agar memastikan etnik Rohingya dapat pulang dengan selamat ke tanah air mereka,” kata Trump dalam surat berkenaan.

    Dalam perkembangan berkaitan, seramai 17 orang maut dalam insiden tanah runtuh di tapak perlombongan batu jed berdekatan kampung Wak Khar, negeri Kachin.

    “Kami sudah menjumpai 17 mayat dan telah menghantar sembilan mangsa yang terselamat ke hospital,” menurut pegawai pentadbiran tempatan, Nilar Myint kepada AFP - AFP/REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Trump sokong proses penghantaran pulang Rohingya "