• Tragedi Memali bukan mati syahid tapi mati katak, kata Tun Mahathir

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 4 May 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi, Tun Dr Mahathir Mohamad menyentuh tentang Pas yang didakwa bekerjasama dengan UMNO.

    Beliau mengaitkan dakwaannya itu dengan amanat Abdul Hadi Awang yang dikatakan telah mengkafirkan UMNO dan dirinya semasa menjadi perdana menteri.

    “Dia kata UMNO kafir, saya kafir, dan kalau kerjasama dengan orang kafir maka akan jadi kafir. La ni dia kerjasama dengan UMNO, tiba-tiba kata dia tidak pernah kafirkan UMNO, pekak kut, ke tak reti baca, semua orang tahu tapi dia kata dia tak tahu,” katanya.

    Dr Mahathir menyambung ucapannya sambil berkata: “Macam-macam keluar termasuk amanat Haji Hadi yang ringkasnya menyuruh orang dia bunuh pegawai kerajaan kerana kerajaan kafir, orang dia kalau mati awan kerajaan kafir akan mati syahid. Dengan itu di Memali orang dia tembak mati empat orang polis

    “Selepas itu baru polis balas balik dan mereka mati 14 orang, bukan mati syahid mati katak,” katanya sambil disambut hilai ketawa para hadirin.

    Tragedi berlaku pada pada Selasa, 19 November 1985 di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. – theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Tragedi Memali bukan mati syahid tapi mati katak, kata Tun Mahathir "