• TPM Lawat M. Daud Kilau Di hospital

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 3 May 2018
    A- A+

    BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melawat seniman veteran, Datuk M. Daud Kilau yang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan selepas pengsan tiga hari lalu.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan penyanyi berusia 78 tahun itu semakin baik dan berharap semua pihak mendoakan penyanyi itu cepat sembuh.

    “Tiga malam lalu beliau buat persembahan di sini, Waterfront Bagan Datuk dan pengsan. Malam tadi saya sempat melawat beliau.

    “Beliau pengsan dan ada beberapa penyakit selepas lakukan persembahan di sini, kita doakan semoga dia sem-buh,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Gerak Mesra dan Jati Diri Jabatan Imigresen Malaysia Ber-sama Belia dan Masyarakat Bagan Datuk di Waterfront Bagan Datuk di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " TPM Lawat M. Daud Kilau Di hospital "