• Tidak Perlu Guna Jalan Jauh Ke Sibu, Jalan Bernilai RM60 Juta Dari Sibu Jaya Akan Dibina

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 3 May 2018
    A- A+

    SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan pembinaan jalan sepanjang enam kilometer dianggarkan bernilai RM60 juta untuk menghubungkan bandar baru Sibu Jaya ke Lanang.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau berkata, jalan dengan standard R3 (berturap) itu mempunyai empat lorong dan mengurangkan jarak perjalanan dari bandar baru ke Sibu.

    "Saya fikir jalan ini akan siap dalam tempoh dua tahun setengah dan penduduk Sibu Jaya hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk sampai ke Lanang.

    "Ini bermakna penduduk tidak lagi perlu mengambil perjalanan jauh untuk sampai ke Sibu," katanya.

    Pada masa sama, beliau turut mengumumkan pembinaan rumah ibadat dengan kos RM30 juta untuk masyarakat Islam.

    Bukan itu sahaja, Abang Johari menjelaskan, sebuah dewan juga akan dibina bagi memudahkan penduduk dari pelbagai latar belakang menjalankan aktiviti keramaian termasuk perkahwinan.-Sarawakiana



  • No Comment to " Tidak Perlu Guna Jalan Jauh Ke Sibu, Jalan Bernilai RM60 Juta Dari Sibu Jaya Akan Dibina "