• Tiada etika berpakaian, dakwaan mesej tular palsu- SPR

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 1 May 2018
    A- A+

    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan mesej tular mengenai etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat ketika mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar.

    Mengikut mesej dalam bahasa Cina yang kemudiannya menjadi tular di Facebook, para pengundi dinasihatkan agar tidak memakai seluar jeans yang koyak, selipar, seluar pendek atau miniskirt ke pusat pengundian atau berisiko dihalang mengundi.

    Justeru katanya, SPR menasihati orang ramai agar berhati-hati dan menapis penerimaan maklumat yang tidak sahih berkaitan pilihan raya yang tersebar melalui media sosial.

    “Orang ramai diminta merujuk terus kepada SPR bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat dengan menghubungi talian 03-88927018,” katanya. - BNBBc News

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada etika berpakaian, dakwaan mesej tular palsu- SPR "