• Tiada Bilik Rahsia Di Makam Firaun Raja Tut

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 7 May 2018
    A- A+


    KAHERAH - MESIR. Kementeriaan Antikuiti Mesir semalam berkata tiada bukti kewujudan sebarang ruang tersembunyi di belakang dinding makam Raja purba Tutankhamun.

    Sebelum ini ramai pakar bercanggah pendapat mengenai kewujudan ruang tersembunyi di belakang makan itu dengan ada yang percaya ia adalah makam ratu yang hilang, Nefertiti.

    Tumpuan dunia terhadap Nefertiti amat tinggi.

    Nefertiti meninggal dunia pada kurun ke-14 Sebelum Masihi dan dianggap sebagai ibu tiri Tutankhamun dan sebarang maklumat mengenai lokasi makam beliau bakal menjadi penemuan terhebat dalam arkeologi Mesir dalam kurun ini.

    Penemuan mengenai Nefertiti akan memberikan maklumat baharu dalam tempoh misteri sejarah Mesir.

    Kini, patung ukiran beliau yang berusia 3,300 tahun berada di sebuah muzium di Berlin.

    "Kajian pasukan penyelidik Turin Polytechnic University di Itali menunjukkan tiada ruang atau sebarang petunjuk pintu wujud, ia bertentangan dengan teori terdahulu bahawa terdapat laluan atau bilik bersebelahan atau dalam makam Tutankhamun," menurut kenyataan kementerian memetik wakil Majlis Antikuiti Agung. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Bilik Rahsia Di Makam Firaun Raja Tut "