• Tersilap Bagi Tips, Pelancong Rugi RM30,000

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 3 May 2018
    A- A+

    Seorang wanita kini berhempas pulas untuk mendapatkan semula wangnya selepas memberikan tip sebanyak £5,650 atau RM30,000 kepada sebuah kedai kebab di Switzerland.

    Media melaporkan bahawa insiden kesilapan tersebut berlaku apabila dia memasukkan nombor pin kad kreditnya secara tidak sengaja.

    Olesya Shemyakova yang berasal dari Rusia, memutuskan untuk makan di kedai kebab New Point, yang terletak di Dietikon, Zurich.

    Ketika itu Shemyakova sedang melancong bersama-sama dengan anak lelaki dan kawannya.

    Semasa kejadian, Shemyakova telah meminta untuk membuat bayaran menggunakan kad kredit untuk bil yang berjumlah RM92.

    Bagaimanapun dua minggu kemudian selepas balik ke Rusia, dia mendapat berita mengejutkan apabila sebanyak RM30,000 telah ditolak daripada akaunnya.

    “Pertama kali saya masukkan nombor pin kad kredit saya semasa membuat pembayaran, ia tidak berfungsi. Hanya pada percubaan kedua sahaja, ia berjaya.

    “Saya sangkakan saya dah bayar RM92 dan ia tertera dalam resit saya,” katanya.

    Shemyako yang tidak boleh berbahasa Jerman, tidak menyedari bahawa dia sebenarnya diminta memasukkan jumlah bayaran pada percubaan kali kedua itu, bukannya memasukkan nombor pin iaitu 5650.

    Dia kini cuba mendapatkan semula wangnya namun tidak mendapat sepenuhnya kerjasama daripada kedai kebab itu mahupun syarikat kad kredit terbabit.

    Bagaimanapun pemilik kedai kebab itu, Cengiz Gokduman telah berjanji bahawa Shemyakova akan mendapat semua wangnya. Shemyakova berharap ia bukan janji kosong daripada Gokduman. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tersilap Bagi Tips, Pelancong Rugi RM30,000 "