• Tentera Israel bunuh 55 penduduk Palestin di Gaza

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 15 May 2018
    A- A+

    BAITULMUQADDIS - Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 55 orang penduduk Palestin di sempadan Gaza dalam pertempuran dan tunjuk perasaan berdarah yang berlaku serentak dengan pembukaan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, semalam.

    Pertempuran yang turut mengakibatkan lebih 2,400 penduduk Palestin cedera meletus sebelum delegasi White House membuka kedutaan itu dalam satu majlis di Baitulmuqaddis.

    Menurut Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kematian itu turut melibatkan lapan orang kanak-kanak di bawah usia 16 tahun. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tentera Israel bunuh 55 penduduk Palestin di Gaza "