• Telok Melano Mampu Jadi Destinasi Pelancongan Menarik Di Sarawak

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 5 May 2018
    A- A+

    SEMATAN: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya Telok Melano mampu menjadi destinasi pelancongan menarik.

    Beliau berkata, Telok Melano memiliki kekayaan produk alam semulajadi selain masyarakat yang mesra dengan pengunjung.

    Menurutnya, kawasan tersebut terletak di hujung Sarawak yang bersempadan dengan Temajok di daerah Paloh, Indonesia.

    "Kawasan ini kaya dengan permandangan indah disamping masyarakat yang begitu mesra dengan pengunjung," katanya ketika tinjauan mesra di Telok Melano hari ini.

    Wan Junaidi menjelaskan, pelbagai aktiviti rekreasi juga boleh dijalankan di Telok Melano seperti melawat rumah api, memancing, skuba, snookerling dan menyaksikan keindahan alam semulajadi di Taman Negara Tanjong Datu menggunakan jalan pesisir pantai.

    "Terdapat juga homestay di sini untuk kemudahan pelancong yang berkunjung ke sini.

    "Saya percaya Telok Melano bakal menjadi kawasan pelancongan yang cukup terkenal pada masa akan datang," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Telok Melano Mampu Jadi Destinasi Pelancongan Menarik Di Sarawak "