• Tebatan Banjir Mula Dibina Di Kampung Bradek, Semilang Januari Tahun Depan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 6 May 2018
    A- A+

    KUCHING: Penduduk Kampung Bradek dan Kampung Semilang mendapat perkhabaran gembira apabila Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) akan dilaksanakan di kampung tersebut.

    Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, projek bernilai RM7 juta itu dijangka bermula Januari tahun depan.

    "Projek ini memang ditunggu-tunggu memandangkan ketika banjir, banyak kemusnahan berlaku terutama melibatkan tanaman penduduk dan kediaman," katanya ketika berucap merasmikan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di Klinik Kesihatan Tanjung Embang di sini, hari ini.

    Mengulas mengenai projek SPAH, beliau berkata, ia menumpukan kaedah penjimatan air peringkat komuniti.

    "Hampir 5,000 penduduk Kampung Bradek, Kampung Semilang dan Kampung Tiang Api yang merupakan pengguna Klinik Kesihatan Tanjung Embang," ujarnya.

    SPAH dapat membekalkan air tambahan kepada penduduk dan mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.-Sarawakiana
  • No Comment to " Tebatan Banjir Mula Dibina Di Kampung Bradek, Semilang Januari Tahun Depan "