• Tak Tahan Dirogol Pak Tam

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 24 May 2018
    A- A+

    Tidak tahan dirogol bapa saudaranya buat kali ketiga semalam, gadis berusia 14 tahun nekad membuat laporan polis malam tadi.

    Mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di Baling mendakwa telah dirogol sejak berusia 9 tahun lagi.

    Mangsa bimbang keselamatan dirinya selepas lelaki itu mengugut untuk membunuhnya jika dia memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarganya.

    Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusof berkata dalam laporannya semalam, mangsa mendakwa lelaki terbabit masuk ke rumahnya kira-kira 3 petang dan merogolnya ketika ahli keluarganya keluar bekerja.

    Beliau berkata, mangsa mengenali lelaki berkenaan yang juga bapa saudaranya dikenali sebagai Pak Tam.

    “Akibat terlalu takut dan tidak tahan, mangsa membuat aduan di Balai Polis Kupang 8.45 malam tadi.

    “Kita merakam percakapan daripada mangsa mengikut Seksyen 122 Kanun Prosedur jenayah (KPJ) dan mangsa berkata, dia mengenali lelaki yang melakukan perkara itu,” katanya.

    Shariffuddin berkata, siasatan awal mendapati gadis itu telah dirogol sebanyak tiga kali dan kali terakhir pada 3 petang semalam ketika keseorangan di rumahnya.

    Beliau berkata, ekoran laporan polis itu, sepasukan anggota telah menahan suspek di rumahnya pada 1.30 pagi tadi.

    “Lelaki yang dikenali Pak Tam berusia 41 tahun ditahan di rumahnya awal pagi tadi dan ujian air kencing negatif.

    “Kita juga meminta bantuan D10 Ibu Pejabat Kontijen Kedah untuk menyiasat tempat kejadian dan hasil siasatan awal Unit Forensik telah menemui beberapa corak dipercayai air mani dan baju suspek,” katanya.

    Shariffuddin berkata, mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

    Beliau berkata, suspek tergamak melakukan perkara terkutuk di bulan Ramadan yang mulia dengan anak saudaranya sendiri.

    “Sepatutnya dia menjaga anak saudaranya ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja mencari rezeki, tetapi sebaliknya sanggup melakukan perkara terkutuk.

    “Kita telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tak Tahan Dirogol Pak Tam "