• Tahanan Muslim Diberi Makan Daging Babi, Dibiar Berlapar

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 24 May 2018
    A- A+



    ALASKA - AMERIKA SYARIKAT. Tahanan Muslim di sebuah penjara di Alaska, Amerika Syarikat dilaporkan diberi makan daging babi dan sengaja dibiar berlapar ketika berbuka puasa di bulan Ramadan.

    Menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR), dalam tuntutan saman yang difailkan semalam, tahanan Muslim di Anchorage Correctional Complex diberikan makanan dengan kalori yang lebih rendah berbanding tahanan lain.

    Ramadan di Anchorage bermakna 18 jam menahan lapar dan dahaga, dan ketika berbuka puasa tahanan hanya diberi beberapa paket kecil makanan berisi 500 ke 1,000 kalori sedangkan mengikut garis panduan kesihatan persekutuan, mereka sepatutnya mendapat 2,600 hingga 2,800 kalori sehari.

    Paket makanan tersebut adakalanya turut mengandungi daging babi," kata Lena Masri, penguasa litigasi nasional CAIR, dalam satu kenyataan.

    "Pegawai di Anchorage Correctional Complex memberi tahanan Muslim kurang daripada separuh kalori yang mereka perlukan, pada hari tertentu hanya sejumlah 500 kalori diberikan, ia menyamai 'diet berlapar'.

    "Kami berharap mahkamah akan memastikan tahanan Muslim tidak kelaparan atau dipaksa melanggar pegangan agama mereka pada bulan suci Ramadan," katanya.

    CAIR menuntut perintah mahkamah agar tahanan Muslim diberi makanan berkhasiat yang mencukupi dan bebas daripada produk babi.

    Tahanan Muslim di penjara tersebut turut menjadi mangsa diskriminasi pegawai yang menafikan hak mereka mendapat daging halal.

    Hal ini terjadi kerana pegawai penjara dilarang perlembagaan untuk 'memujuk' tahanan membuat pilihan antara agama dan makanan.

    Jabatan Penjara Alaska dilaporkan belum mengulas mengenai tuntutan saman tersebut.

    - PressTV

    Subjects:

  • No Comment to " Tahanan Muslim Diberi Makan Daging Babi, Dibiar Berlapar "