• Suspek bunuh Dr. Fadi guna van, kereta larikan diri

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 5 May 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan suspek kes pembunuhan pensyarah universiti warga Palestin, Allahyarham Dr. Fadi Mohammed Al Batsh, 35, melarikan diri menggunakan sebuah van dan kereta selepas menembak mangsa di Setapak di sini pada 21 April lalu.


    Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun.


    Katanya, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan kenderaan yang mana digunakan suspek untuk melarikan diri ke negara jiran.


    “Saya masih belum bertemu pegawai saya yang diarahkan ke Bangkok, Thailand. Jadi, saya tidak dapat berikan sebarang perkembangan lanjut,” katanya selepas ditemui di Dewan Persatuan Isteri-isteri Polis (Perkep) Bukit Aman di sini hari ini.


    Terdahulu, Mohamed Fuzi hadir kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Persatuan Isteri-isteri Polis (Perkep) diiringi Pengarah Sumber Strategik dan Teknologi (Start) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bagi pembuangan undi awal.


    Turut sama dalam pembuangan undi awal pagi ini iaitu Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.-UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Suspek bunuh Dr. Fadi guna van, kereta larikan diri "