• Siasat Segera Serangan Panggilan ‘Spam’ - PM

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 9 May 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat segera serangan teknikal secara dalam talian yang diterima ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hari ini.

    Sambil mengecam sekeras-kerasnya taktik kotor itu, Perdana Menteri berkata, telefon yang diserangi panggilan ‘spam’ itu tidak dapat berfungsi selain banyak laman web BN tidak boleh dilayari seperti biasa.

    “Saya mengecam sekeras-kerasnya taktik ‘Panggilan Spam’ yang diterima ramai pemimpin BN dari nombor antarabangsa. Telefon yang diserangi ‘Spam’ ini tak dapat berfungsi seperti biasa.

    “Selain itu, banyak laman web BN pun tak boleh diakses. Saya telah arahkan supaya tindakan segera diambil,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Siasat Segera Serangan Panggilan ‘Spam’ - PM "