• Seorang Cedera Kren Tumbang Di Masjidil Haram

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 21 May 2018
    A- A+

    RIYADH: Seorang pekerja cedera selepas sebuah kren tumbang di kawasan pembinaan di Masjidil Haram, Makkah, lapor agensi berita Xinhua, memetik portal berita Sabq.

    Menurut catatan Twitter pihak berkuasa Makkah, kejadian pada Ahad itu berlaku di kawasan yang jauh dari laluan para jemaah dan pelawat.

    Pada tahun 2015, dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan seramai 111 nyawa manakala 394 lagi cedera.

    Kejadian pada musim haji tersebut berlaku akibat angin kencang dan hujan lebat.

    Berikutan itu, sebanyak AS$8.5 juta pampasan telah dibayar kepada mangsa dan keluarga.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Seorang Cedera Kren Tumbang Di Masjidil Haram "