• Semua gambar Mohd. Irwan di premis LHDN diturunkan

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 15 May 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA 15 Mei - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengarahkan semua gambar Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah di semua premisnya diturunkan dengan serta-merta.

    Menurut kenyataan Jabatan Korporat LHDN, pihaknya juga mengarahkan agar risalah, bahan bercetak dan gegantung (bunting) yang berkaitan Mohd. Irwan Siregar diturunkan.

    “Ini berikutan keputusan Kerajaan agar perkhidmatan Mohd. Irwan Serigar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan ke 14 Jun ini dan beliau kini ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam serta tidak dibenarkan menjalankan tugas berkaitan Kementerian Kewangan.

    “Semua tindakan berkaitan dengan perkara ini adalah berkuatkuasa serta-merta dan hendaklah dipatuhi,” kata kenyataan itu hari ini.-UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Semua gambar Mohd. Irwan di premis LHDN diturunkan "