• Sembilan Hari Lipas Tinggal Dalam Telinga

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 8 May 2018
    A- A+

    NGERI… Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikay mengalami pengalaman ngeri selepas telinganya dimasuki lipas selama sembilan hari sebelum keseluruhan serangga itu dikeluarkan.

    Katie Holley yang menulis pengalaman itu dalam majalah SELF berkata, kira-kira sebulan lalu dia bangun pada tengah malam selepas berasa seperti seseorang cuba memasukkan ais ke dalam lubang telinga kirinya.

    Dia kemudian memasukkan putik kapas ke dalam telinganya dan berasa seperti ada pergerakan.

    “Selepas menarik keluar putik kapas terbabit, saya menemui dua ‘kaki’ yang sangat kecil melekat di hujungnya. Saya meminta suami membantu memeriksanya dan mendapati terdapat lipas di telinga saya,” tulisnya.

    Malangnya, serangga itu sukar dikeluarkan menyebabkan Katie terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

    Di hospital, doktor menyapu ubat kebas di telinganya untuk membunuh lipas berkenaan sebelum mengeluarkan tiga bahagian badan serangga itu. Dia pulang ke rumah selepas doktor memberikan ubat antibiotik.

    Bagaimanapun, selepas sembilan hari Katie masih berasa sakit di telinga dan berjumpa semula dengan doktor yang kemudian mengeluarkan enam lagi bahagian badan lipas terbabit.

    Katie dirujuk kepada pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) untuk memastikan tiada lagi sisa yang tertinggal.

    “Lebih mengejutkan apabila pakar terbabit mengesahkan masih terdapat sisa serangga itu di dalam telinga saya.

    “Dengan menggunakan peralatan yang kelihatan seperti gunting besar, pakar terbabit mengeluarkan kepala, anggota badan lain dan sesungut,” tulisnya. – Metro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Sembilan Hari Lipas Tinggal Dalam Telinga "