• Sebab kenapa kronisme Mahathir adalah lebih teruk daripada korupsi

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 4 May 2018
    A- A+

    Tulisan asal oleh:
    Sebastian Loh, Free Malaysia Today, 3 Mei 2018

    Disember lalu, seorang rakan yang bekerja di Singapura bertanya kepada saya mengapa saya mengundi untuk Najib Razak dan bukannya Mahathir Mohamad.

    Beliau berkata, "Ya, Mahathir mengamalkan kronisme, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak mencuri seperti Najib." Terkejut, saya memberitahunya, "Saya tidak rasa anda faham bagaimana kronisme sebenarnya berfungsi. Cara kronisme Mahathir, khususnya, adalah jauh lebih teruk daripada korupsi biasa."

    Tidak setuju? Saya akan jelaskan apa yang saya maksudkan dengan cara yang mudah.

    Katakan anda seorang yang berusia 25 tahun yang baru sahaja memulakan kerja pada tahun 1998. Anda perlu membeli sebuah kereta kerana Mahathir obses dengan Proton dan tidak kisah tentang pengangkutan awam.

    Anda tidak mampu membeli kereta asing kerana cukai Mahathir menjadikannya terlalu mahal - anda akan membayar dua, tiga, empat kali ganda di atas harga pasaran sebenar. Jadi, anda mengambil pinjaman dan dengan terpaksa membeli Proton - kenderaan yang tidak bagus, yang juga terlalu mahal kerana hanya ada sedikit persaingan.

    Proton, buah tangan terkenal Mahathir, dengan gembira mengambil wang anda dan memberikan sebahagiannya kepada kroni yang merupakan pembekal yang menjual alat ganti automotif kepada syarikat pada kadar di atas harga pasaran. Satu mata untuk kroni. Tetapi tunggu, itu baru permulaan sahaja.

    Memiliki kereta adalah memudahkan, tetapi sekarang anda perlu membayar tol secara rutin. Mahathir menandatangani perjanjian-perjanjian berat sebelah yang memihak kepada para pengendali lebuh raya yang juga kroni.

    Banyak lebuh raya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, pada mulanya dijadualkan untuk melihat kadar tol mereka meningkat sebanyak 10% setiap tiga tahun. Dan tidak banyak yang dapat dilakukan oleh kerajaan - jika kerajaan tidak membenarkan kenaikan tol, ia perlu membayar ganti rugi yang banyak kepada pengendali lebuh raya.

    Apa-apa pun, dua mata untuk kroni. Dan teka siapa yang secara terbuka membela bayaran tol di Malaysia hanya beberapa bulan yang lalu? Ya, Bapa Tol yang berusia 93 tahun itu sendiri. Saya tidak terkejut sama sekali.

    Katakan anda bosan dengan memandu dan tol. Anda membuat keputusan untuk mengambil LRT atau bas. Siapa yang memiliki LRT pada tahun 1998 sebelum mereka diselamatkan? Syarikat kroni. Siapa yang memiliki bas Intrakota pada tahun 1998 sebelum ia juga diselamatkan? Satu lagi syarikat kroni.

    Sekali lagi, wang anda masuk ke dalam poket kroni. Dan seperti yang anda lihat, walaupun syarikat kroni bungkus, kerajaan Mahathir akan menyelamatkan mereka dengan wang pembayar cukai. Tiga mata, empat mata, dan lima mata untuk kroni.

    Anda tidak selamat dari kroni Mahathir walaupun anda mengambil teksi. Kita sering mengadu bahawa pemandu teksi tidak jujur - mereka enggan menggunakan meter mereka dan menuntut tambang yang keterlaluan untuk perjalanan yang pendek. (Saya tidak dapat ingat berapa banyak kali saya telah diminta RM20-RM30 untuk perjalanan selama 10 minit.)

    Tetapi bolehkah kita menyalahkan mereka? Mereka perlu terus membayar permit teksi yang tidak masuk akal yang dikeluarkan oleh syarikat teksi kroni. Kroni-kroni membebankan mereka dan jadi mereka membebankan kita. Apa-apa pun, mata keenam untuk kroni.

    Perlu diingat bahawa Mahathir baru-baru ini mendakwa Grab menyakiti pemandu teksi. Beliau berjanji untuk mengkaji semula perkhidmatan e-hailing yang disahkan oleh Najib jika Pakatan Harapan berkuasa. Tetapi siapa yang mendapat faedah daripada kajian seperti itu selain daripada syarikat teksi kroni?

    Saya ambil Grab setiap hari dan saya boleh memberitahu anda bahawa saya sangat gembira dengan perkhidmatan ini. Kenapa pengguna biasa perlu terus membiayai syarikat teksi kroni yang tidak dapat bersaing dari segi kos, kemudahan, dan perkhidmatan?

    Itulah masalahnya dengan Mahathir. Beliau tidak boleh (atau tidak akan) undur dari ekosistem kronisme yang besar yang beliau cipta. Digelar sebagai 'Kompleks Perindustrian Kroni': Mahathirisme bermaksud akan selalu ada kroni bersembunyi di mana-mana sambil menunggu untuk memukul anda dan mencuri wang anda.

    Dan kita hanya menumpukan perhatian kepada sesuatu yang asas seperti perjalanan/pengangkutan (pergi dan balik kerja) sahaja setakat ini. Belum lagi masuk sektor ekonomi dan infrastruktur negara yang Mahathir beri kepada kroni.

    Anda boleh bertanya, tetapi bagaimana dengan 1MDB? Baiklah, soalan yang adil. Sekalipun dakwaan terhadap Najib adalah benar (dan setakat ini, beliau tidak disabitkan kesalahan oleh mana-mana pihak kuasa meskipun ada penyelidikan antarabangsa yang banyak ke dalam 1MDB), berapakah jumlah 1MDB ke atas negara? Hanya RM1 juta. Itu adalah modal benih yang kerajaan persekutuan berikan kepada 1MDB semasa permulaannya.

    1MDB mengumpul keseluruhan baki wangnya dengan meminjam dengan banyak. Walaupun itu sangat bodoh dan tindakan yang melulu, pendedahan kerajaan terhadap dana itu agak minima.

    Kerajaan ada menyediakan pinjaman mudah RM900 juta kepada 1MDB, tetapi itu sudah dibayar balik sepenuhnya. Lebih-lebih lagi, 1MDB terus membuat pembayaran hutang tepat pada masanya (ia mempunyai banyak aset untuk dijual). Jadi, apakah masalahnya di sini? Terutama apabila bayang-bayang kroni Mahathir menjadi semakin besar dalam kehidupan seharian kita.

    Apabila anda membayar 6% GST hari ini, anda tidak membayar satu sen pun kepada 1MDB. Tetapi jika anda pengguna jalan raya (seperti kebanyakan rakyat Malaysia), anda membayar tol Mahathir. Kemungkinan anda juga membayar terlalu banyak untuk kereta anda terima kasih kepada Proton Mahathir.

    Berapa banyak yang anda tanggung pada penghujungnya? Berpuluh-puluh ribu? Sepanjang hayat anda dalam ratusan ribu? Mungkin berjuta-juta?

    Adakah keadaaan sudah berubah hari ini? Pertimbangkan yang berikut:

    Adakah anda fikir pembekal kroni Proton gembira apabila Najib enggan memberi bantuan tanpa syarat kepada Proton? Adakah anda fikir mereka gembira apabila Pak Lah dan sekarang Najib membenarkan lebih banyak kereta asing masuk ke negara ini?

    Mahathir sudah tentu tidak gembira – beliau merungut secara terbuka tentang kereta import murah yang memberi saingan kepada Proton kesayangannya. Adakah anda, para pembaca, tidak suka dengan kereta import yang murah? Saya tidak! Saya 100% di sisi pengguna.

    Adakah anda fikir kroni gembira bahawa pengendali lebuh raya PLUS sekarang dikawal oleh kerajaan? Sejak Khazanah dan KWSP membeli PLUS pada tahun 2010, lebuh raya yang popular seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang, dan Second Link tidak menyaksikan sebarang kenaikan harga tol.

    Adakah anda fikir kroni gembira apabila Najib mengekalkan projek MRT dalam Prasarana milik kerajaan dan bukannya menyerahkan kepada syarikat swasta?

    Adakah anda fikir mereka gembira apabila kerja pembinaan MRT dianugerahkan melalui sistem tender tanpa nama?

    Saya boleh bayangkan mereka berkumpul dan mengeluh, "Aiya, bagaimana hendak cari makan macam itu?"

    Adakah anda berfikir syarikat teksi kroni gembira apabila Najib meluluskan perkhidmatan e-hailing? Adakah anda fikir mereka gembira bahawa Grab memberi saingan kepada perniagaan mereka dan mengakhiri dominasi industri teksi mereka?

    Sekarang, terdapat banyak ahli perniagaan kaya yang menyokong kempen Mahathir sebagai PM sekali lagi. Ini adalah orang-orang yang Mahathir selalu mendakwa diganggu oleh pihak berkuasa cukai.

    Adakah anda fikir para ahli perniagaan yang meragukan ini menyokong Mahathir kerana cinta sejati untuk negara? Atau adakah anda fikir mereka mahu sesuatu sebagai balasannya? Kawan-kawan sekalian, ini adalah politik. Tiada yang percuma.

    Jadi, saya beritahu rakan saya: Kroni-kroni paling rindu Zaman Tun kerana ketika itulah mereka dapat merompak kita begitu sahaja. Pada masa itu, sekumpulan ahli perniagaan terpilih mendominasi hampir semua sektor ekonomi, yang mengakibatkan pemerasan wang rakyat secara tidak langsung dan sistematik.

    Seperti yang saya tunjukkan tadi, anda tidak boleh lari dari kroni Mahathir walaupun anda cuba. Dan itu adalah jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh satu syarikat seperti 1MDB kepada kita.

    Pada penghujungnya, saya tidak mempunyai pilihan lain selain untuk menyokong kerajaan BN semasa di bawah Najib – walaupun ia tidak sempurna - kerana sekurang-kurangnya ia telah membuat kemajuan penting dalam memerangi kronisme seperti ini.

    Anda tidak akan mendapat itu dengan geng Mahathir. Rakan saya mengakui bahawa apa yang saya katakan itu benar, tetapi masih sangat skeptikal mengenai BN. Dan itu tidak mengapa, saya hanya memberinya pendapat jujur saya.

    Pada saya, pilihan yang kita hadapi dalam pilihan raya ini sudah sangat jelas.

    https://youtu.be/9n8Zcq8Ktag

    Link asal artikel:
    http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/05/03/why-mahathirs-cronyism-is-worse-than-corruption/

    Subjects:

  • No Comment to " Sebab kenapa kronisme Mahathir adalah lebih teruk daripada korupsi "