• Satu Lagi Kawasan Baru Wabak Rabies Diisytihar Di Sarawak

    Reporter: M. H. W.
    Published: Monday, 28 May 2018
    A- A+

    KUCHING - Kerajaan Sarawak hari ini mengisytiharkan kawasan Kampung Selarat Sematan di daerah Lundu, sebagai kawasan baru wabak rabies atau penyakit 'anjing gila' di negeri ini.

    "Memandangkan kampung ini terletak di luar dari 10km radius kawasan diisytihar sebagai wabak rabies sebelum ini.

    "Maka, ini adalah kawasan terbaru yakni kawasan ke-31 diisytihar sebagai kawasan wabak rabies di Sarawak," menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan di sini malam ini.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas merupakan pengerusi jawatankuasa itu yang ditubuhkan sekitar pertengahan tahun lepas, khusus bagi menangani masalah penularan jangkitan penyakit tersebut di negeri ini.

    Sehingga kini, jangkitan penyakit anjing gila sudah meragut lapan nyawa di Sarawak.- BERNAMA
  • No Comment to " Satu Lagi Kawasan Baru Wabak Rabies Diisytihar Di Sarawak "