• Sarawak Tidak Dapat Bergantung Dengan Orang Lain lagi - Abdul Rahman

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 20 May 2018
    A- A+

    KUCHING: Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah mengubah suasana politik tanah air, maka Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) juga harus merubahkan pendekatannya kepada rakyat.

    Menteri Muda Bekalan Utiliti Sarawak Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, yang juga merupakan ADUN Pantai Damai berkata, pada hari ini, kita Sarawak bergantung penuh pada orang Sarawak dan kita tidak dapat bergantung pada orang lain lagi.

    "Semua orang Sarawak haruslah bersatu padu dan parti PBB akan menjadi parti utama untuk menjalankan tugas ini untuk memastikan bahawa pembangunan di Sarawak akan dibangunkan oleh rakyat dan masa depan negeri Sarawak."

    Abdul Rahman, yang juga merupakan Naib Presiden PBB ditemui selepas merasmikan Majlis Program Bubur Lambuk anjuran bersama DBKU, KRT, Surau dan Kejiranan Mesra Taman Intan di Surau Saidina Umar Taman Intan, Bandar Baru Samariang pada sebelah petang tadi.

    Beliau ditanya pemberita mengenai Mesyuarat post-mortem PRU14 di cawangan PBB Pantai Damai yang dipengerusikannya semalam.

    "Saya juga telah menyarankan agar jawatankuasa PBB Pantai Damai sentiasa bersedia sepanjang masa dan dalam tempoh dua atau dua setengah tahun ini, kita akan memperkemaskan jentera parti dan memastikan rakan-rakan kita di ranting agar bersedia dan meningkatkan keahlian kita bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12)."

    "Kita hendaklah memastikan bahawa kita dapat memberi maklumat yang lebih tepat kepada kepimpinan PBB."

    Tambah Abdul Rahman lagi, beliau juga telah menyampaikan apa yang telah diputuskan di Mesyuarat PBB yang dioengerusikan oleh Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang diadakan minggu lepas.

    "Kita akan terus berusaha memantapkan serta memperkasakan parti PBB agar menjadi sebuah parti politik yang bebas dan berkecuali."

    "Parti PBB juga akan bekerjsama baik dengan kerajaan persekutuan, terutamannya berkaitan dengan projek pembangunan di Sarawak."

    Abdul Rahman menambah, secara amnya, prestasi yang ditunjukkan di Pantai Damai dan apa yang telah kita perolehi dalam dua Pilihan Raya iaitu PRN2016 dan PRU2018 adalah sama.

    "Dari segi pencapaian bilangan undi BN bertambah sedikit namun yang merosot hanyalah jumlah orang yang turun mengundi manakala sokongan dari pihak pembangkang bertambah sedikit."

    "Usaha perlu digandakan untuk mengekalkan tahap dan menepati sasaran pencapaian yang telah kita capai dalam pilihan raya kali ini," kata Abdul Rahman lagi.
  • No Comment to " Sarawak Tidak Dapat Bergantung Dengan Orang Lain lagi - Abdul Rahman "