• Sarawak Membangun Hasil Usaha BN

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 1 May 2018
    A- A+

    KUCHING: Pembangunan yang dilaksanakan di Sarawak adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sejak peralihan kepimpinan kerajaan negeri, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  melakukan anjakan paradigma bagi membangunkan Sarawak dengan cepat.

    "Melalui inisiatif ekonomi digital, Sarawak bakal membangun setanding negeri lain di Malaysia

    "Dasar yang dibangunkan dan diperkenalkan Ketua Menteri kita haruslah disokong sepenuhnya supaya apa yang dirancang dapat direalisasikan," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat anjuran Jentera BN-PBB Bandar Baru Semariang di sini, hari ini.


    Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti menjelaskan, BN memerlukan mandat penuh dan sokongan padi masyarakat berbilang kaum bagi menjayakan agenda negeri termasuk menuntut hak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    "Pelbagai lagi dasar yg diperkenalkan Ketua Menteri seperti meningkatkan kualiti pendidikan, kebajikan, ekonomi, jalanraya dan perumahan.

    "Oleh itu, kita menyeru agar pengundi turun beramai-ramai mengundi dan memberi mandat sepenuhnya kepada BN pada 9 Mei 2018 nanti.

    "Mandat yang diberi adalah untuk kesejahteraan rakyat masa kini dan generasi akan datang," ujarnya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.-Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Membangun Hasil Usaha BN "