• Saintis Tertua Australia Kesal Hidup Sampai 104 Tahun

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    SAINTIS tertua di Australia, Dr. David Goodall, yang berusia 104 tahun, merancang ke Switzerland minggu depan bagi mengakhiri hidupnya menerusi ‘eutanasia’ iaitu kaedah menamatkan hayat seseorang dengan mengambil ubat khas.

    Dr. Goodall, bekas pensyarah universiti dari barat Australia, tidak mempunyai penyakit tenat namun dia mahu mati kerana menyesal hidup sehingga usia 104 tahun.

    “Saya kesal kerana hidup sampai umur ini. Saya tidak gembira. Saya mahu mati. Ia bukan menyedihkan tapi apa yang menyedihkan ialah apabila seseorang itu dihalang.

    “Jika seseorang itu memilih untuk membunuh diri, maka orang lain tidak patut masuk campur,” katanya.

    ‘Euthanasia’ sering dilakukan oleh pesakit yang mengalami penyakit yang dikatakan sukar atau tidak mungkin boleh sembuh dengan cara-cara yang sengaja (unnatural means).

    Tidak semua negara membenarkan kaedah ini. Dr. Goodall yang dilahirkan di London pada 1914, merupakan pakar botani dan ekologi. Beliau berhijrah ke Australia pada 1948.

    Dr. Goodall menyambut hari jadinya yang ke-104 pada awal April lalu dan memutuskan untuk melakukan eutanasia secara sukarela.

    Kerajan Australian sebelum ini menolak penggunaan kaedah berkenaan ke atas Dr. Goodall kerana beliau tidak mempunyai sebarang penyakit yang tenat.

    Dr. Goodall kemudiannya meminta bantuan Exit International, yang kemudian melancarkan laman web GoFundMe untuk membantu menaikkan status tiket penerbangan Dr. Goodall dari kelas ekonomi ke kelas perniagaan.

    Beliau dijadual meninggalkan Perth awal bulan Mei dengan ditemani kawan lamanya, Carol O’Neil. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Saintis Tertua Australia Kesal Hidup Sampai 104 Tahun "