• Sabah Bersedia Hadapi Era Digital Dengan Barisan Nasional

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 1 May 2018
    A- A+

    SABAH bakal menikmati liputan digital yang lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sejajar kepentingannya dalam mencorakkan masa depan Malaysia ke arah Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).

    Datuk Seri Salleh Said Keruak, sebelum ini berkata hakikat bahawa internet dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara menerusi Industri 4.0 untuk memastikan kejayaan Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) tidak dapat disangkal.

    "Di Malaysia, sekarang kita dapat lihat bagaimana penggunaan teknologi digital memberi kesan kepada ekonomi dan perubahan sosial dengan mencipta sumber pendapatan baharu, selain membantu meningkatkan produktiviti, mendorong inovasi dan menembusi pasaran global.

    "Sehubungan itu, membawa internet kepada rakyat adalah satu peluang besar untuk meningkatkan tahap pendapatan, merangsang keusahawanan dan mengurangkan jurang yang sebelum ini menjadi penghalang kepada inovasi dan pembangunan usaha niaga baharu," katanya.

    Lebih RM2 bilion sudah dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan jalur lebar di Sabah oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak tahun 2008.

    Baru-baru ini kerajaan juga mengumumkan pelaksanaan inisiatif Koridor Digital Utara Sabah membabitkan kos RM100 juta bagi mengukuhkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi di zon utara Sabah. - BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Sabah Bersedia Hadapi Era Digital Dengan Barisan Nasional "