• Rewcastle Brown Masih Dalam Senarai Tidak Dibenarkan Masuk Sarawak

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 23 May 2018
    A- A+


    KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown masih lagi tersenarai sebagai mereka yang dilarang daripada memasuki negeri ini.

    “Dia masih di dalam senarai itu sejak zaman pemimpin terdahulu. Saya belum membuat keputusan (sama ada menarik balik larangan itu),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian kuih raya kepada pasukan keselamatan, Sumbangsih Kuih Raya 2018, di sini hari ini. – BERNAMA
  • No Comment to " Rewcastle Brown Masih Dalam Senarai Tidak Dibenarkan Masuk Sarawak "