• Remaja Lelaki Jatuh Dari Jambatan Darul Hana Disahkan Meninggal

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 14 May 2018
    A- A+

    KUCHING: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang lengkap berpakaian sekolah yang terjatuh ke dalam Sungai Sarawak ditemui pagi tadi.

    Mangsa dipercayai jatuh dari Jambatan Darul Hana pagi yang sama.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihak bomba bertindak melakukan 'pencarian dasar laut' menggunakan bot di sekitar lokasi mangsa terjatuh.

    “Sebahagian anggota Bomba menggunakan ‘grappling iron’ untuk mencari mangsa.

    "Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa telah dijumpai di lokasi mangsa dikatakan jatuh menggunakan ‘grappling iron’," katanya

    Katanya lagi, mangsa kemudiannya dibawa ke tebingan sungai untuk mendapatkan rawatan.

    Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Umum Sarawak dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Remaja Lelaki Jatuh Dari Jambatan Darul Hana Disahkan Meninggal "