• `Ratu’ Instagram Bunuh Anak Kerana Tak Mampu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 1 May 2018
    A- A+

    SEORANG usahawan kosmetik dalam talian yang mempunyai 21,000 pengikut di Instagram, Elena Karimova, 21, tergamak membunuh dua anaknya hanya kerana dia tidak mampu menanggung mereka disebabkan terpaksa membayar hutang selepas bercerai dengan suaminya.

    Elena, kini ditahan polis dan disiasat kerana membunuh Khadizha yang berusia empat tahun dan Suleiman, dua tahun di Nizhny Novgorod, di barat Rusia.

    Dia didapati mencekik mereka hingga mati dan kemudian membakar mayat kanak-kanak berkenaan untuk menghilangkan jejak.

    Elena, dikatakan telah membeli minyak di stesen minyak sebelum membawa mayat yang diletakkan di dalam but kereta, dibawa ke kawasan hutan dan dibakar.

    Bagaimanapun, bimbang perbuatannya dikesan, dia kemudian meletakkan kembali mayat yang telah rentung itu ke dalam kereta dan balik ke rumah.

    Keesokan harinya, dia membawa mayat yang telah rentung itu ke dalam sebuah gudang dan membakarnya lagi. Dia kemudian menghilangkan diri dari situ.

    Bomba bagaimanapun berjaya memadamkan api itu.

    Menurut salah seorang penduduk di situ, pada mulanya bomba menyangka ia bangkai anjing yang telah rentung hinggalah apabila mereka mendekati rangka itu, barulah mereka sedar ia adalah mayat kanak-kanak.

    Elena ditangkap selepas penduduk melihat keretanya di tempat kejadian.

    “Saya tidak mampu tanggung anak saya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " `Ratu’ Instagram Bunuh Anak Kerana Tak Mampu "