• Rafizi Nafi Mahu Jadi Menteri Kewangan

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 14 May 2018
    A- A+

    SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjelaskan tindakan beliau mempersoalkan pengumuman lantikan tiga menteri kanan bukan sebab mahu menjadi Menteri Kewangan.

    Sebaliknya beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana beliau tidak terikat dengan jawatan.

    Menurutnya, tiada persetujuan dicapai dalam mesyuarat pertama membincangkan mengenai portfolio menteri kerana PKR mahu melibatkan Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Kalau saya mahu jadi menteri, saya tidak ambil risiko sehingga dipenjara empat tahun. Kritikan terhadap saya itu boleh saya terima, tetapi jangan menghina,” katanya dalam catatan Twitternya, semalam.

    Rafizi berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau mahu menjadi Menteri Kewangan.

    Katanya, laporan tersebut adalah fitnah dan beliau mengambil tindakan undang-undang.

    “Sebab itu dari dua tahun lalu, bila saya tubuhkan Invoke Malaysia untuk bantu calon-calon Harapan menang PRU14, saya sudah maklumkan saya tidak akan terima sebarang jawatan kerajaan selepas menang PRU14,” katanya. – Sinar

    Subjects:

  • No Comment to " Rafizi Nafi Mahu Jadi Menteri Kewangan "