• Pusat Perlu Jaga Kepentingan Orang Asal Di Sabah, Sarawak

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 22 May 2018
    A- A+
    Foto : Nadim Bokhari

    MUKAH: Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan jawatankuasa khas menjaga kepentingan masyarakat minoriti di negara ini perlu merangkumi 'Orang Asal' di Sarawak dan Sabah.

    Bagi aktivis sosial, Abdul Jalil Bujang, 'Orang Asal' itu termasuk masyarakat Melanau, kaum minoriti yang kebanyakannya mendiami kawasan pesisir di wilayah tengah negeri ini, yang memerlukan perhatian kerajaan dalam konteks kebajikan, pendidikan serta sosio-ekonomi.

    "Kepentingan dan kebajikan kaum minoriti Melanau yang setakat ini mencecah 137,000 orang, wajar diberikan pertimbangan," katanya melalui satu kenyataan media, di sini, hari ini.

    Menurutnya, terdapat bukti jelas bahawa kaum minoriti ini masih ketinggalan dalam mengecap arus pembangunan, terutama yang tinggal di kawasan pedalaman dan luar bandar.

    Malah, tidak menghairankan ada antara rumah mereka mereka yang masih lagi belum menikmati bekalan elektrik, air dan berkaitan kerana tahap ekonomi mereka yang tidak menentu.

    Abdul Jalil yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak turut menyarankan beberapa cadangan supaya etnik minoriti ini tidak terus ketinggalan ketika Sarawak sedang menikmati arus pembangunan pesat.

    Antaranya, adalah menubuhkan Lembaga Sagu Malaysia seperti komoditilain, menambahbaik badan pemasaran hasil tani serta hasil tangkapan ikan bagi menjamin pendapatan lebih stabil, bantuan sara hidup kepada yang tidak mempunyai pendapatan tetap agar tidak ketinggalan dalam pendidikan dan juga khidmat kaunseling bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

    Malah, kebenaran juga harus diberikan untuk mereka mengusahakan tanah milik kerajaan yang terbiar tanpa dikenakan sebarang cukai, memberikan hak geran tanah kepada pihak yang mengerjakan tanaman sagu sekak sekian lama, menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma untuk penduduk di kawasan pedalaman dan luar bandar.

    "Cadangan lain termasukmemperkemaskan sistem bantuan minyak bersubsidi kepada golongan nelayan agar tiada penyalahgunaan serta eksploitasi berlaku," katanya. - BH
  • No Comment to " Pusat Perlu Jaga Kepentingan Orang Asal Di Sabah, Sarawak "