• Pupuk Budaya Bergotong-royong Kepada Golongan Muda - Abdul Rahman

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 20 May 2018
    A- A+


    KUCHING: Budaya bergotong royong yang kebiasaannya diamalkan oleh masyarakat kampung haruslah dijadikan amalan biarpun mereka duduk berdekatan dengan bandar.

    Menteri Muda Bekalan Utiliti Sarawak Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, Bubur Lambuk sinonim dengan bulan puasa di Sarawak dan pembuatan bubur lambuk memerlukan gotong-royong untuk menyiapkannya.

    "Memasak bubur lambuk mengambil masa yang lama maka disinilah, gotong royong dikalangan penduduk yang terlibat diperlukan," katanya sambil menambah, walaupun terdedah dengan kehidupan bandaraya, sebolehnya mereka mengekalkan kehidupan bergotong -royong.

    "Masa yang terbaik untuk mempraktikkan amalan gotong-royong adalah pada masa bulan Ramadhan dan mendedahkan ia kepada golongan muda adalah penting agar ianya menjadi amalan genarasi yang seterusnya.

    Abdul Rahman, yang juga merupakan ADUN Pantai Damai berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Program Bubur Lambuk anjuran bersama DBKU, KRT, Surau dan Kejiranan Mesra Taman Intan di Surau Saidina Umar Taman Intan, Bandar Baru Samariang sebentar tadi.

    Beliau juga menambah, setiap kampung atau kawasan mesti ada pakar tersendiri dan diharapkan juga kepakaran mereka boleh diturunkan kepada golongan muda agar ianya tidak hilang dimakan zaman.

    Turut hadir pada program tersebut adalah Datuk Bandar DBKU Abang Haji Wahap Abang Julai dan dif-dif jemputan yang lain.
  • No Comment to " Pupuk Budaya Bergotong-royong Kepada Golongan Muda - Abdul Rahman "