• Puff Daddy Pemilik Lukisan RM84j

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 21 May 2018
    A- A+

    NEW YORK: Penyanyi rap Sean ‘Diddy’ Combs atau dikenali juga sebagai Puff Daddy dan P Diddy merupakan pembeli lukisan Kerry James Marshall yang dijual pada harga AS$21.1 juta (RM84 juta) dalam satu lelongan di sini.

    BBC melaporkan, jumlah harga yang dibayar itu dipercayai paling mahal pernah dibuat bagi hasil seni seorang artis Afrika-Amerika yang masih hidup.

    Lukisan Past Times berukuran empat meter luas itu, menggambarkan warga Amerika berkulit hitam sedang berkelah, bermain luncur air dan mendengar muzik di sebuah taman Chicago.

    Jack Shainman yang merupakan jurugaleri dan pengedar hasil seni Marshall, mengesahkan identiti pemilik baharu lukisan berkenaan.

    Menurut akhbar berkenaan, Diddy telah mengunjungi Pusat Lelongan Sotheby untuk melihat lukisan itu.

    Lukisan itu pada awalnya dijangka dijual pada harga kira-kira AS$8 juta (RM32 juta) sahaja, tetapi dalam majlis tersebut, harganya melonjak empat kali ganda berbanding rekod sebelum ini untuk hasil seni Marshall yang berusia 62 tahun itu.

    Metropolitan Pier and Exposition Authority Chicago (MPEA) menjual Past Times pada harga 800 kali ganda berbanding apa yang dibayar pada 1997, iaitu pada tahun hasil seni itu di­siapkan.

    MPEA membeli lukisan berkenaan hanya dengan harga AS$25,000 (RM99,312) dari Ga­leri Koplin Los Angeles.

    Marshall yang lahir di Alabama, dikenali dengan lukisan yang berkisar tentang kehidupan Afrika-Amerika.

    - Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Puff Daddy Pemilik Lukisan RM84j "