• Projek Lebuhraya Pan Borneo Akan Diteruskan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 14 May 2018
    A- A+

    KUCHING – Projek Lebuhraya Pan Borneo akan diteruskan, kata pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen di sini hari ini.

    Beliau bagaimanapun berkata proses audit akan dilaksanakan bagi mengkaji semula kos pembinaannya.

    “Projek itu dan projek lain di Sarawak akan diteruskan, manakala proses audit adalah sebahagian daripada prosedur yang akan dilaksanakan.

    “Di samping itu, kami akan meneliti semula kontraktor yang dilantik bagi mengelak berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek berkenaan. Kami mahu memastikan rakyat Sarawak akan terus mendapat manfaat, walaupun kerajaan sudah bertukar,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

    Beliau berkata setiap sen yang diperuntukkan kerajaan perlu digunakan sepenuhnya kerana ia adalah hak rakyat. – BERNAMA
  • No Comment to " Projek Lebuhraya Pan Borneo Akan Diteruskan "