• Polis Pantau, Beri Amaran Keras Sindiket Judi PRU

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 7 May 2018
    A- A+
    Foto : MalayMail

    POKOK SENA : Polis hari ini memberi amaran keras kepada sindiket perjudian yang menerima pertaruhan melibatkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) agar menghentikan kegiatan mereka.

    Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti beberapa sindiket sedemikian yang menerima pertaruhan melibatkan keputusan PRU14 di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

    Kegiatan mereka ini dipantau rapi oleh pasukan khas yang yang ditubuhkan oleh setiap kontinjen, katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat dan peniaga pada Program Kepolisan Komuniti di pasar pagi Pokok Sena, di sini.

    Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang terlibat dalam kegiatan haram itu berdepan tindakan menurut Akta Pencegahan Jenayah (PIndaan) 2017.

    “… polis serius terhadap pemantauan kegiataan berkenaan kerana boleh menyebabkan keadaan tidak baik ke atas sistem demokrasi negara,” katanya.

    Sementara itu, Noor Rashid mengingatkan semua pihak termasuk calon yang bertanding agar mematuhi undang-undang pada hari-hari terakhir kempen sebelum pengundian pada Rabu ini.

    “Elakkanlah perbuatan memfitnah dan menyebarkan sebarang berita palsu kerana polis juga diberi tanggungjawab menguatkuasakan kesalahan itu mengikut Akta Anti Berita Tidak Benar 2018, kerana fitnah ini boleh jejaskan keharmonian serta timbulkan pergaduhan,” katanya. — Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Polis Pantau, Beri Amaran Keras Sindiket Judi PRU "