• Pengundi Minta “Gigi Palsu” Dari Nancy (VIDEO)

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+


    Memasuki hari kelima kempen Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) pelbagai ragam, gelagat serta kerenah dilalui calon parti politik yang bertanding.

    Tidak terkecuali calon Barisan Nasional (BN) P.200 Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Sukri yang dikenali penduduk tempatan sebagai pemimpin yang disenangi, tidak hairan beliau berdepan reaksi mesra dan menghiburkan setiap kali melakukan tinjauan mesra.

    Terbaharu, calon BN terbabit berhadapan situasi melucukan selepas disambut mesra oleh pengundi.

    Selain pengundi menyuarakan pandangan dan cadangan, ada juga pengundi yang memohon bantuan, dan bagi warga emas Pon Kipli, tiada apa mahu dipohonnya daripada Nancy kecuali gigi palsu.

    Menurut warga emas itu, gigi palsu memudahkannya makan dan berulam.

    "Kalau menang nanti, jangan lupa dapatkan saya gigi palsu," katanya kepada Nancy

    Nancy yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merupakan penyandang kerusi parlimen Batang Sadong – Sarawakiana

  • No Comment to " Pengundi Minta “Gigi Palsu” Dari Nancy (VIDEO) "