• Pengantin Kudung Tangan Akibat Diserang Buaya

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 8 May 2018
    A- A+

    ZANELE Ndlovu, telah melalui pengalaman yang menyakitkan apabila dia diserang oleh seekor buaya hingga tangannya putus, hanya beberapa hari sebelum dia dijadualkan melangsungkan perkahwinan.

    Dia diserang ketika berada dalan kenu bersama bakal suaminya, di Sungai Zambezi di atas Niagara Falls.

    Mereka dipercayai melawat kawasan berkenaan untuk berkahwin semalam.

    Serangan buaya itu mengakibatkan Zanele, yang juga bekas pemain tenis Zimbabwe terpaksa dimasukkan ke hospital.

    Salah seorang rakannya, Jamie Fox yang menyaksikan bagaimana Zanele kehilangan tangan dalam peristiwa itu berkata, bakal suami Zanele cuba menyelamatkannya namun gagal.

    “Lengan kanannya terkoyak. Ketika itu mereka berada di dalam sebuah kenu sebelum diserang oleh buaya itu.

    “Nasib baik mereka masih hidup,” kata Fox yang menyelamatkan Zanele tetapi wanita itu sudah kehilangan banyak darah.

    Dia dikejarkan ke Hospital Mater Dei Hospital di mana doktor berjaya menyelamatkan nyawa Zanele tetapi gagal menyambung semula tangannya.

    Namun mereka akhirnya berkahwin juga dengan majlis itu diadakan di hospital. Di sebalik kecederaan yang dialaminya itu, Zanele masih boleh bermain tenis kerana dia kidal.

    Buaya merupakan pembunuh utama di kalangan binatang liar di Zimbabwe dengan 21 orang meninggal dunia akibat serangan reptilia itu pada 2017. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pengantin Kudung Tangan Akibat Diserang Buaya "