• Penantian Penduduk Siru Melayu Miliki Jambatan Konkrit Berakhir

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    SEMATAN: Penantian penduduk Kampung Siru Melayu di sini untuk memiliki jambatan konkrit  selepas kemudahan tersebut yang lebih moden siap sepenuhnya.

    Jambatan bernilai RM5.74 juta itu merupakan kemudahan yang ditunggu-tunggu penduduk kampung tersebut yang selama ini hanya bergantung dengan kemudahan jambatan kayu.


    Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia merupakan projek yang ditunggu-tunggu penduduk kerana jambatan tersebut menjadi laluan utama menghubungkan Kampung Siru Melayu ke Kampung Sebat Pueh.

    "Ia akan memudahkan akses penduduk untuk ke laluan Lebuhraya Pan Borneo apabila siap sepenuhnya nanti.


    "Inilah janji yang dikotakan BN demi kesejahteraan rakyat," katanya ketika merasmikan Jambatan Siru Melayu di sini, hari ini.

    Pembinaan jambatan tersebut bermula 1 Oktober 2015 dan siap sepenuhnya 19 Mac lepas.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Jamilah Anu.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penantian Penduduk Siru Melayu Miliki Jambatan Konkrit Berakhir "